Menghargai Generasi Merdeka

Dilahirkan antara 1950 dan 1959, Generasi Merdeka membesar dalam tahun-tahun yang mengalami pergolakan pada 1950an dan awal 1960an. Mereka mengemudi tenaga buruh mengharungi tahun-tahun yang bergelora, membina asas yang kukuh. Kaum lelaki generasi tersebut merupakan antara yang terawal menjalani Perkhidmatan Negara, sementara itu ada dalam kalangan kaum wanita yang meninggalkan bangku sekolah awal untuk membantu menyara keluarga mereka.

Bersama-sama dengan Generasi Perintis, mereka telah banyak menyumbang kepada Singapura pada masa-masa sukar dan memerlukan banyak pengorbanan.

Anda layak untuk Pakej Generasi Merdeka jika anda:
• Dilahirkan dari 1 Januari 1950 hingga 31 Disember 1959; dan
• Menjadi rakyat Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1996.

Pakej Generasi Merdeka juga diberikan kepada warga emas yang:
• Dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949; dan
• Menjadi rakyat Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1996; dan
• Tidak menerima Pakej Generasi Perintis.

Jika anda layak, anda akan diberitahu pada April 2019, dan anda akan menerima Kad Generasi Merdeka anda mulai Jun 2019.

Kasih Ibu

Pendidikan Sepanjang Hayat Seorang Guru

Warisan Seorang Cef

Pakej Generasi Merdeka

Pakej Generasi Merdeka diperkenalkan oleh Pemerintah untuk memberi penghormatan dan menghargai jasa Generasi Merdeka kita di atas sumbangan-sumbangan mereka. Mereka telah membentuk Singapura menjadi negara yang wujud hari ini.

Pakej Generasi Merdeka akan memberi faedah kepada sekitar 500,000 rakyat Singapura. Ia akan menyokong Generasi Merdeka dalam meniti usia senja, sedang mereka menua dengan aktif dan penuh keazaman.

Placeholdere image
Faedah #1

Tokokan Kad PAssion Warga Emas

  • Tokokan Kad PAssion Warga Emas sebanyak $100 yang diberi sekali sahaja untuk digunakan pada program-program penuaan aktif, pengangkutan awam dan banyak lagi
  • Dapatkan tokokan di Balai Rakyat tertentu, stesen-stesen MRT dan Pusat Pertukaran Bas tertentu mulai Julai 2019. Senarai lengkap lokasi tokokan boleh didapati di sini.
Placeholdere image
Faedah #2

Tokokan MediSave

  • Tokokan Medisave sebanyak $200 setiap tahun, dari 2019 hingga 2023
Placeholdere image
Faedah #3

Subsidi Penjagaan Pesakit Luar

  • 3 titik penting penjagaan kesihatan bagi subsidi-subsidi rawatan pesakit luar dan rawatan pergigian – CHAS GP, Poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar.
Placeholdere image
Faedah #4

Insentif Penyertaan CareShield Hayat

  • Insentif penyertaan sebanyak $4,000 jika sertai CareShield Hayat
Placeholdere image
Faedah #5

Subsidi Premium MediShield Hayat Tambahan

  • Subsidi tambahan 5% bagi premium tahunan anda. Kadar potongan dinaikkan kepada 10% selepas anda mencecah usia 75 tahun

Cenderahati Alu-aluan Generasi Merdeka

Rakyat Singapura yang layak bakal menerima Cenderahati Alu-aluan Generasi Merdeka dalam peti surat mereka bermula Jun 2019.

  1. Nota Sekalung Budi dari PM Lee
  2. Nota Sekalung Budi dari PM Lee
  3. Senarai Klinik CHAS berhampiran
  4. Buku Senarai Faedah
  5. Informasi bagi tokokan kad PAssion Warga Emas

Anda ada Soalan?

Beritahu kami dengan mengisi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.