Laman Utama / Faedah Pakej Generasi Merdeka

Faedah Pakej Generasi Merdeka

Pakej Generasi Merdeka adalah untuk rakyat Singapura yang lahir dari 1 Januari 1950 hingga 31 Disember 1959, dan yang menjadi Warganegara Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1996. Pakej ini juga diberikan kepada warga emas yang tidak menerima Pakej Generasi Perintis tetapi yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949, dan menjadi Warga Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1996.


Faedah #1

Tokokan Kad PAssion Warga Emas

  • Tokokan Kad PAssion Warga Emas sebanyak $100 yang diberi sekali sahaja untuk digunakan pada program-program penuaan aktif, pengangkutan awam dan banyak lagi

Mulai Julai 2019*, anda akan menerima tokokan $100 pada Kad PAssion Warga Emas anda yang diberikan sekali sahaja untuk menyertai lebih banyak program-program penuaan aktif.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan $100 anda?

Bagaimanakah untuk mendapatkan Tokokan?

Anda boleh mendapatkan tokokan di Balai Rakyat tertentu, serta Pejabat Tiket TransitLink, Pejabat Penggantian Kad Konsesi, Mesin Tambah Nilai dan Kios TransitLink yang terletak di stesen-stesen MRT dan Pusat Pertukaran Bas tertentu mulai Julai 2019.. Anda juga boleh mendapatkan tokokan anda di pameran bergerak dan acara-acara Generasi Merdeka terpilih.

Lungsuri PAssioncard.sg atau telefon 1800-2255-663 bagi butir-butir mengenai tempat untuk mendapatkan tokokan.

Faedah #2

Tokokan MediSave

  • Tokokan Medisave sebanyak $200 setiap tahun, dari 2019 hingga 2023

Apakah perkara-perkara yang boleh dibayar menggunakan MediSave anda?

Faedah #3

Subsidi Penjagaan Pesakit Luar

  • 3 titik penting penjagaan kesihatan bagi subsidi-subsidi rawatan pesakit luar dan rawatan pergigian – CHAS GP, Poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar.

Mulai November 2019, anda akan menerima lebih banyak subsididi Poliklinik, Klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) Awam dan klinik-klinik yang menyertai Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS).

Di Poliklinik dan SOC Awam*
Potongan tambahan 25% baki bil
bagi perkhidmatan dan perubatan bersubsidi
Di Klinik CHAS
- Sila bawa kad Generasi Merdeka dan Kad Pengenalan anda apabila anda pergi ke klinik CHAS
untuk menikmati subsidi anda.
Penyakit-penyakit Biasa
(contohnya selesema, demam)
Subsidi sehingga $23.50
bagi setiap lawatan
Penyakit Kronik Tidak Rumit 1 Subsidi sehingga $85 bagi
setiap lawatan
Dihadkan kepada $340 setiap tahun
Penyakit Kronik Rumit 2 Subsidi sehingga $130
bagi setiap lawatan
Dihadkan kepada $520 setiap tahun
Perkhidmatan Pergigian Tertentu
Bergantung kepada rawatan
Subsidi sehingga $16 hingga
$261.50 bagi setiap rawatan
Pemeriksaaan Kesihatan yang Disyorkan
menerusi program ‘Pemeriksaan Kesihatan
demi Kehidupan’
Yuran tetap sebanyak $2 Bagi
Generasi Merdeka

* Untuk menerima subsidi bagi lawatan ke SOC Awam, anda harus diperiksa dan dirujukkan oleh klinik CHAS atau poliklinik terlebih dahulu. Doktor akan merujukkan anda kepada sebuah SOC Awam sebagai pesakit bersubsidi jika perlu.

1Berjumpa doktor untuk satu jenis penyakit kronik (contohnya, penyakit darah tinggi)
2Berjumpa doktor untuk lebih daripada 1 jenis penyakit kronik atau penyakit kronik dengan kerumitan

Faedah #4

Insentif Penyertaan CareShield Hayat

  • Insentif penyertaan sebanyak $4,000 jika sertai CareShield Hayat

CareShield Hayat ialah skim insurans penjagaan jangka panjang nasional untuk mereka yang mengalami kurang upaya yang teruk dan merupakan peningkatan skim ElderShield. CareShield Hayat akan dilancarkan pada 2021 bagi mereka yang dilahirkan pada 1979 atau lebih awal.

Sila rujuk kalkulator premium CareShield Hayat bagi anggaran harga premium.

Faedah #5

Subsidi Premium MediShield Hayat Tambahan

  • Subsidi tambahan 5% bagi premium tahunan anda. Kadar potongan dinaikkan kepada 10% selepas anda mencecah usia 75 tahun

MediShield Hayat menyediakan perlindungan sepanjang hayat kepada rakyat Singapura untuk bil-bil hospital yang tinggi.

Subsidi Premium MediShield Hayat untuk
warga emas Generasi Merdeka
Usia Anda pada
Hari Lahir Yang
Akan Datang
(ketika polisi
diperbaharui)*
Subsidi
Pemerintah Yang
Ada Sekarang #
Subsidi Generasi
Merdeka
Jumlah
Subsidi

Berusia
60 hingga
75 tahun
Sehingga $341.25
(Sehingga 35%
daripada premium
tahunan anda)
$31.50 hingga
$48.75
(5% daripada premium
tahunan anda)
Sehingga
$390
Berusia
76 tahun
dan ke atas
Sehingga $765
(Sehingga 50%
daripada premium
tahunan anda)
$113 hingga $153
(10% daripada premium
tahunan anda)
Sehingga
$918
 

* Jika polisi MediShield Hayat anda perlu diperbaharu antara 1 Julai 2019 hingga 31 Oktober 2019, anda akan menerima subsidi premium Generasi Merdeka sebagai bayaran balik selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019.
#Subsidi-subsidi premium yang ada sekarang disediakan bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan. Sila rujuk ke www.moh.gov.sg/medishield-life/medishield-life-premiums-and-subsidies untuk maklumat lanjut.