Laman Utama / Sumber

Sumber


TOKOKAN $100 PADA KAD PASSION WARGA EMAS MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI LEBIH BANYAK AKTIVITI

Bermula dari 1 Julai 2019, anda akan menerima tokokan $100 pada Kad Passion Warga Emas anda yang diberikan sekali sahaja untuk menyertai lebih banyak kegiatan penuaan aktif.

TOKOKAN MEDISAVE SEBANYAK $200 MERUPAKAN SATU LAGI SEBAB MEMBUAT ANDA TERSENYUM

Tokokan Medisave sebanyak $200 setiap tahun, dari 2019 hingga 2023.

3 TEMPAT PENJAGAAN KESIHATAN BAGI SUBSIDI-SUBSIDI RAWATAN PESAKIT LUAR TAMBAHAN MEMBUAT ANDA BERASA LEGA

Bermula dari November 2019, anda akan menerima lebih banyak subsidi di klinik CHAS, poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar Awam.

INSENTIF SEBANYAK $4,000 UNTUK MENYERTAI CARESHIELD HAYAT MEMBOLEHKAN ANDA MELAKUKAN LEBIH BANYAK PERKARA YANG ANDA MINAT

Anggota Generasi Merdeka akan menerima insentif penyertaan tambahan sebanyak $1,500 selain $2,500 yang telah diumumkan sebelum ini.

SUBSIDI TAMBAHAN SEBANYAK 5% UNTUK PREMIUM MEDISHILED HAYAT MEMBUAT ANDA LEBIH GEMBIRA

Subsidi tambahan sebanyak 5% untuk premium tahunan anda, yang meningkat ke 10% selepas hari lahir anda yang ke-75.

5 FAEDAH PAKEJ GENERASI MERDEKA

Ringkasan kesemua 5 faedah MGP.

Tokokan $100 pada Kad Passion Warga Emas: Ketahui lebih lanjut, jadi lebih aktif, nikmati lebih banyak faedah

Kekal aktif dan sertai pelbagai kegiatan dengan menggunakan tokokan Kad PAssion Warga Emas anda mulai Julai ini. Tokokan $100 boleh didapatkan di balai rakyat, stesen MRT dan pusat pertukaran bas yang tertentu serta beberapa acara dan pameran bergerak Generasi Merdeka.

Kembara Mer.De.Ka

Ikuti Mervis, Devi dan Kassim serta rakan mereka yang lucu, Old Master Q (Lao Fu Zi) dalam usaha mereka untuk kekal aktif, menjaga kesihatan dan terhubung dengan Pakej Generasi Merdeka.

Tokokan MediSave Tahunan sebanyak $200: Sentiasa sihat dan dilindungi

Dapatkan tokokan MediSave sebanyak $200 setiap tahun mulai Julai 2019 hingga 2023. Tokokan sehingga $1,000 sepanjang 5 tahun!

3 Tempat Penjagaan Kesihatan bagi Subsidi Tambahan untuk Penjagaan Pesakit Luar: Penjagaan pesakit luar sekarang lebih dalam kemampuan anda!

Mulai November 2019, dapatkan subsidi-subsidi tambahan untuk rawatan perubatan dan pergigian pesakit luar di 3 Tempat Penjagaan Kesihatan – Klinik-klinik swasta dan pergigian CHAS, poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) awam.

Insentif sebanyak $4,000 untuk Menyertai CareShield Hayat: Nikmati kehidupan sepenuhnya dengan CareShield Hayat

Anda boleh menerima insentif penyertaan tambahan sebanyak $1,500, di samping insentif $2,500 yang ada sekarang apabila anda menyertai CareShield Hayat. Jumlah ini boleh digunakan untuk mengurangkan premium tahunan anda sepanjang 10 tahun!

Subsidi Tambahan 5% untuk Premium MediShield Hayat: Bersiap sedia untuk menghadapi keadaan hidup yang berubah-ubah.

Dapatkan subsidi tambahan 5% untuk Premium MediShield Hayat. Jumlah subsidi akan meningkat kepada 10% selepas hari lahir anda yang ke-75!