Laman Utama / Diskaun untuk Warga Emas

Diskaun untuk Warga Emas

Tunjukkan kad fizikal Generasi Perintis (PG) atau Generasi Merdeka (MG) anda atau kad elektronik MG anda untuk menikmati diskaun di tempat-tempat ini.

Kekal Aktif dan Lebih Sihat melalui Manfaat ActiveSG untuk Warga Emas PG dan MG!

Warga Emas PG dan MG boleh menikmati manfaat istimewa ActiveSG:

  • Melawat gim dan kolam renang tanpa had dengan bayaran $10 hingga $40 sahaja.
  • Pakej Kesihatan Aktif 3-Dalam-1 berharga $10 (termasuk penilaian kehilangan massa otot berkaitan dengan usia, bengkel pemakanan dan kelas senaman).
  • 1-Untuk-1 langganan kumpulan penggiat Kelab Masters ActiveSG dan program Datuk Nenek dan Cucu.

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Diskaun di Essilor Expert Retail Partner Outlets

Warga Emas PG dan MG menikmati:

  • Potongan 50% cermin mata “Crizal Easy® UV Airwear” (Jimat $80).
  • Naik taraf secara percuma kepada “Transitions™ Light intelligent Lenses” berharga $230 dengan pembelian Varilux® Progressive lenses.

Promosi bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Julai 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Kemasukan percuma ke Flower Dome di Gardens by the Bay

Warga Emas PG dan MG boleh masuk secara percuma ke Flower Dome pada hari Selasa minggu kedua setiap bulan.

Sah dari Jun 2019 hingga Mei 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Potongan 50% untuk 1 tiket Warga Emas bagi setiap 1 tiket harga biasa Kanak-Kanak di KidZania Singapore

Tunjukkan kad PG atau MG di kaunter tiket KidZania Singapore dan nikmati potongan 50% untuk 1 tiket Warga Emas bagi setiap tiket harga biasa Kanak-Kanak yang dibeli.

Sah dari 1 Ogos 2019 hingga 31 Mac 2020, kecuali Cuti Umum. Untuk tiket beli terus (walk-in) sahaja. Kad PG atau MG mesti ditunjukkan di kaunter tiket KidZania Singapore untuk menikmati diskaun ini.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Diskaun tambahan sebanyak 5% untuk generasi Merdeka dan Perintis

Diskaun tambahan sebanyak 5% untuk generasi Merdeka dan Perintis.

Di samping promosi untuk Balkoni Staterooms dan Suites.

Sah dari 10 Oct 2019 hingga 30 Apr 2020.

Terma & Syarat dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubugi 6305 0033.

Diskaun di Sheng Siong

  • Selasa - Diskaun 3% untuk MG (1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2020)
  • Rabu - Diskaun 3% untuk Warga Emas berusia 60 tahun ke atas (1 Januari hingga 31 Disember 2019)

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Potongan 10% untuk Langganan Bulanan bagi Pakej Semua-Dalam-Satu Cetakan+Digital di Singapore Press Holdings

Warga Emas PG dan MG menikmati potongan 10% untuk langganan bulanan bagi pakej Semua-Dalam-Satu Cetakan+Digital Singapore Press Holdings meliputi akhbar The Straits Times, The Business Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu.

Sah dari 1 Sep 2019 hingga 31 Ogos 2020.

Langgan sekarang di sini.

Hadiah untuk Warga Emas MG dan PG oleh NTUC Social Enterprise

Diskaun di NTUC FairPrice

  • Isnin - Diskaun 3% untuk PG (1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020)
  • Selasa - Diskaun 2% untuk Warga Emas berusia 60 tahun ke atas (Berterusan)
  • Rabu - Diskaun 3% untuk PG dan MG (1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020)

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Kopi/Teh Panas $0.50 di NTUC Foodfare dan Kopitiam

Warga Emas PG dan MG menikmati Kopi/Teh Panas pada harga $0.50 di kedai makan dan kedai kopi NTUC Foodfare dan Kopitiam setiap hari Rabu.

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Diskaun istimewa untuk Kursus-Kursus di NTUC First Campus

Warga Emas PG dan MG menikmati kadar istimewa untuk kursus-kursus berikut:

  • Kursus penjagaan asas bayi (0-18 bulan) untuk penjaga -  $50
  • Bengkel Membina Hubungan Dengan Cucu Anda (3 hingga 6 tahun) - $50
  • Bengkel Memupuk Pembaca Awal Mandarin - $50

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Kursus Koding atau Fotografi Digital di NTUC LearningHub untuk $15

Warga Emas PG dan MG boleh mendaftar untuk kursus pengekodan atau fotografi digital dengan yuran $15 sahaja.

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Keanggotaan Percuma Plus! dan Bonus Pendaftaran untuk Sekali Sahaja di NTUC Link

Warga Emas PG dan MG boleh mendaftar untuk keanggotaan sepanjang hayat Plus! secara percuma dan menerima bonus pendaftaran sebanyak 300 LinkPoints untuk satu kali sahaja. (Untuk anggota baru Plus! sahaja.)

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 31 Dis 2019.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Insurans MerdekaCare di NTUC Income

Warga Emas PG dan MG akan menerima Alat Urut 'OGAWA Primo Touch Massager' (bernilai $69) secara percuma dan menikmati potongan 10% untuk insurans kemalangan peribadi dengan MerdekaCare.

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Perkhidmatan Percuma Menulis Wasiat dan e-Book tentang Perancangan Persaraan oleh MoneyOwl

Warga Emas PG dan MG boleh mendapati perkhidmatan menulis wasiat dan eBook perancangan persaraan oleh MoneyOwl secara percuma.

Sah dari 1 Jul 2019 hingga 30 Jun 2020.

Ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Penafian

  1. Kandungan promosi, barangan dan perkhidmatan peniaga disediakan di sini untuk kemudahan dan rujukan anda sahaja. Para peniaga bukanlah ejen atau wakil sah Pemerintah Singapura atau sebaliknya.
  2. Pemerintah Singapura tidak memberi jaminan atau perwakilan mengenai mutu, kebolehdagangan atau kesesuaian barangan dan perkhidmatan peniaga. Sebarang pertikaian berhubung dengan promosi, barang dan perkhidmatan ini mesti diselesaikan secara langsung dengan peniaga. Pemerintah Singapura tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan, kecederaan, tuntutan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat barangan dan perkhidmatan peniaga.
  3. Maklumat mengenai promosi, barangan dan perkhidmatan peniaga adalah seperti yang disediakan oleh peniaga pada masa penerbitan di laman web ini.  Pemerintah Singapura tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kesempurnaan maklumat, serta sebarang perubahan yang dibuat selepas penerbitan ini. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan terus kepada para peniaga.