Laman Utama / Cenderahati Alu-aluan

Apakah isi Cenderahati Alu-Aluan anda?

Sudahkah anda menerima Cenderahati Alu-aluan Generasi Merdeka? Sudahkah anda melihat kadungan yang dijangkakan di dalamnya?


Rakyat Singapura yang layak bakal menerima Cenderahati Alu-aluan Generasi Merdeka dalam peti surat mereka bermula Jun 2019.

  1. Nota Sekalung Budi dari PM Lee
  2. Kad Generasi Merdeka
  3. Senarai Klinik CHAS berhampiran
  4. Buku Senarai Faedah
  5. Informasi bagi tokokan kad PAssion Warga Emas

Nota Sekalung Budi dari PM Lee

Sekeping nota yang ditulis oleh PM Lee Hsien Loong untuk warga emas Generasi Merdeka sebagai tanda terima kasih atas usaha dan sumbangan kepada Singapura.

Kad Generasi Merdeka

Warga Generasi Merdeka mesti membawa Kad Generasi Merdeka (bersama-sama kad pengenalan mereka) apabila mengunjungi Klinik Am CHAS dan klinik pergigian untuk menerima faedah khusus Generasi Merdeka.

Warga Generasi Merdeka tidak perlu membawa kad Generasi Merdeka semasa mengunjungi Klinik-klinik Pakar Pesakit Luar atau Poliklinik.

Senarai 6 Klinik CHAS Berhampiran

Untuk rujukan mudah, senarai khusus enam klinik CHAS lokasi berhampiran kediaman warga Generasi Merdeka telah dimuatkan. Empat klinik pertama adalah klinik swasta dan dua yang tersenarai di bawah adalah klinik pergigian.

Buku Senarai Faedah

Buku kecil yang menggariskan manfaat tentang pelbagai faedah untuk Warga Generasi Merdeka dalam semua empat bahasa (Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil). Ia memberikan panduan yang komprihensif dan terperinci tentang apa yang Warga Generasi Merdeka perolehi di bawah Pakej Generasi Merdeka.

Informasi berkenaan Tokokan Kad PAssion Warga Emas

Sedang memikirkan tentang kursus yang harus anda ambil untuk memulakan pembelajaran sepanjang hayat? Atau bagaimana anda boleh menjadi sukarelawan membantu warga emas untuk bergiat aktif? Risalah ini akan memberikan anda beberapa idea tentang bagaimana anda boleh menggunakan Tokokan Kad PAssion Warga Emas $100 anda.